Demam K-POP dan J-POP??
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..
Pastinya smua dh tau pasal demam K-POP dan J-POP yg kini hangat diperkatakan di seluruh dunia. Di Malaysia juga kita turut tidak terkecuali, pergi ke mana2 pastinya kedengaran lagu2 korea mahupun jepun yg dimainkan. Di stesen2 radio di Malaysia kini juga turut memainkan lagu dari dua buah negara itu malah turut tersenarai dalam carta2 lagu popular. Bukan sekadar itu, kini ditubuhkan juga penyanyi berkumupulan yg di inspirasikan dari K-POP dan J-POP kemudian menjadi M-POP dimana lagu, tarian juga pakaian di inspirasikan dari dua negara tersebut.
Harapan sy supaya artis2 kita tidak terlalu terikut2 dgn apa yg telah meraka tonjolkan pada dunia dan alangkah bagusnya kalau kita adaptasikan trend K-POP dan J-POP ini menjadi sesuatu yg tidak terdapat di negara2 lain dan sesuatu yg kita boleh mengagkat industri musik negara kita di samping dpt mengangkat nama negara di persada dunia seperti korea dan juga jepun.
Cadangan sy alangkah indahnya jika ada syarikat rakaman yg blh wujudkan penyanyi berkumpulan IRAMA MALAYSIA yg berkebolehan menyanyi dan menari pd masa yg sama dengan menerapkan lagu2 irama Malaysia, tarian tradisional juga pakaian tradisional kita. Irama yg unik ini pastinya dpt dikenali diserata dunia jika kita sendiri yg berusaha mengangkatnya ke mata dunia. Tunjukkan pada dunia irama kita, budaya kita dan rasa syg pd industri dan juga negara kita. Kini irama kita kian menyepi dan mula layu, jadi sudah tiba masanya kitaa lakukan sesuatu untuk mengangkat semula irama kita dan budaya kita.
Tidak salah jika kita ingin mengambil contoh dari mereka tetapi janganlah sampai terikut2 sepenuhnya dari mereka. Macam mana nak ckp ek., ha senang kata kita cuba olah apa yg sudah ada menjdai sesuatu yg lebih baik, unik dan tidak terdapat di tempat lain.
Jika sudah ada K-POP dan J-POP mengapa Malaysia juga perlu ada M-POP?, malah di Indonesia pun telah wujud I-POP percayalah kita tidak akn di pandang dunia jika masih inginkan M-POP menjadi K-POP atau J-POP.
Sekian shj dr saya, semoga kita smua dpt lakukan sesuatu untuk menaikkan industri & nama negara di persada dunia disamping dapat memelihara irama kita yg kini kian layu dari hari ke hari dari tahun ke tahun.
Ampun dan maaf di pinta andainya tulisan saya ini mengguris hati atau perasaan anda yg membaca. Harapan sy semoga industri kita dpt di kenali di serata dunia juga mengharumkan nama negara.
Sekian,
TERIMA KASIH..


